Wednesday, February 16, 2011

Bagaimana nak cari kawan baik?

Kepada belog,

kawan diibaratkan buku. orang putih selalu cakap 'dont judge a book by its cover only'. kadang-kadang kita nampak orang tu baik tapi sebenarnya hipokrit. ada juga yang kelihatan sombong, serius dan jahat tapi sebenarnya dalam hati ada iman. itulah uniknya manusia. luarannya tidak sama didalamnya. tapi tak lah semua macam tu. orang selalu cakap orang baik ni kalau kita tengok muka dia pun tenang. senang cerita 'ada nur'. kalau tengok muka orang jahat, otak terus jadi serabut dan rasa menyampah je. pernah jugak rasa macam tu. tapi selalu ingatkan diri sendiri jangan suka buruk sangka. berburuk sangka boleh menyebabkan pertelingkahan dan menimbulkan fitnah. dah tambah dosa.

tapi kita kan tak tahu hati orang tu baik ke buruk ke. betul lah tu, sebab kita bukan tuhan. rasa menyampah pulak tengok orang sibuk menghukum seseorang tanpa sedar kesilapan sendiri. kadang-kadang mereka tidak mempunyai kuasa pun nak hukum orang. habis tu macam mana nak cari kawan baik kalau kita sendiri tak tahu hati orang tu macam mana? ala tak kenal maka tak tahu. bila nak kenal tu, jangan terpengaruh sangat dengan tanggapan orang sekeliling terhadap dia. kenal tanpa sebarang perajudis, baru nilai sama ada betul atau tak cakap orang lain tu. kadang-kadang mereka sengaja 'provoke'. buka minda. buka hati. jangan berfikiran sempit. biasalah kita cemburu dengan kelebihan orang lain. masa tu sibuk cari aib orang tu. elak kan. kita kan ada kelebihan tersendiri. cuma sama ada kita hargainya atau kita sibuk burukkan kawan yang buat kita cemburu dengan kelebihan mereka? mana tau kan bila kawan dengan mereka, aura kelebihan mereka melekat pada kita. kalau dia pandai, mana tahu kita pun boleh jadi macam dia.

kadang- kadang timbul rasa dengki dan sakit hati bila berkawan. masa tulah timbullah tikam dari belakang lah itu lah masalah ini lah. pernah dengar orang cakap "aku sanggup berkawan dengan orang jahat daripada kawan dengan orang yang luarnya je baik tapi sebenarnya hipokrit dan tikam belakang". betul ke? terpulang lah. ada yang tak kisah kawan dengan orang tak baik selagi dia boleh jaga diri. tapi siapa kawan kita itu penting. boleh jadi cermin diri kita. tapi kalau dah rasa kuat iman dan tahan godaan, terpulang lah. apa-apa pun 'set' kan diri. nak dapat kawan baik, sepatutnya kita pun jadi kawan yang baik jugak kan

No comments:

Post a Comment