Wednesday, March 16, 2011

Hati ini - Bab 1

aku menangis. menangis mengenang apa yang telah berlaku. hatiku terasa amat pedih. air mata ini tidak cukup untuk merawat luka ini. rasa ingin tikam sahaja hati ini. tapi aku kuatkan diri.

credit here




teringat kembali peristiwa petang tadi di rumah Sofea...

"Assalamualaikum, Sofeaaa!!!,"aku memberi salam. senyap. ke mana pulak lah Sofea ni? dah lah tak datang sekolah. sakit ke dia?

Aku menjerit sekali lagi "Soofeeeaaa!," senyap juga. hurm tak ada kat rumah agaknya. mungkin keluar. ingat kan datang nak beri buku ni. karang Cikgu Mira marah dia pulak tak siapkan kerja sekolah. Aku balik je la. Ikut jalan belakang cepat sikit. Tiba - tiba aku ternampak sebuah motor di belakang rumah Sofea. Pelik. Setahu aku Sofea mana ada motor. Sikap nak ambil tahu timbul dalam diri. Aku berani kan diri jugak pergi ke motor tu walaupun rasa tak sedap hati.

Aku lihat pintu belakang rumah Sofea terbuka. Entah kenapa terasa berdebar-debar. Tiba-tiba aku lihat seseorang di sebalik pintu. Mataku terbeliak seakan-akan tidak percaya. Diriku kaku memandangnya. Adakah aku sekadar bermimpi?

Secepat mungkin aku melarikan diri dari situ. Tidak peduli sama ada dia sedar atau tidak dengan  kehadiranku tadi. Dalam fikiran ku tidak ada apa-apa. Kosong. Hanya satu persoalan dalam kepala ini. KENAPA? Tidak mungkin dia sanggup buat begitu. Sanggupkah dia? Ya Allah, aku masih tidak boleh percaya semua ini. Dugaan apa lagi ini !

Aku kecewa. Hati ini retak seribu. Tidak mungkin semua ini berlaku. TIDAK MUNGKIN!

Credit here
Waktu ini, aku kecewa. Kecewa yang teramat sangat, Tiada siapa yang tahu.

No comments:

Post a Comment