Friday, March 18, 2011

Hati Ini - Bab 2

" Sara...,"
"Weh aku panggil kau ni!"

Aku tersedar. Melihat Sofea mencekak pinggang. Aku tersenyum cuba menyembunyikan perasaan semalam. Sakit hati ini masih belum hilang tapi aku tabahkan juga.

"Aku datang rumah kau ni bukannya nak tengok kau mengelamun. weh apasal semalam kau tak datang rumah aku bagi buku ? nasib baik aku tak datang sekolah tadi. Kalau tak habislah kena bebel dengan Cikgu Mira tu," bebel Sofea. Entah kenapa aku mula berasa menyampah bila Sofea datang ke rumah.

"Kali ni apa alasan kau tak datang sekolah?,"tanya ku pada Sofea yang sejak dari tadi menekan butang di telefon bimbitnya. Mesej dengan pakwe lah tu, keluhku dalam hati.
credit here
 "Aku cakaplah aku demam. Tak kan lah demam cuti sehari je,"jawab Sofea.

"Tapi kan kena ada surat cuti dari doktor. Kau ni sejak bila dah pandai ponteng. Tahun ni kita nak SPM tahu,"

Sofea tersengih. Aku melamparkan pandangan ke luar. Peristiwa semalam masih terbayang-bayang apabila memandang Sofea.

"Kau ni kenapa Sara? Dari tadi muka masam je. Oh gaduh dengan pakwe nya. Hehehe,"

Aku cuma diam. Malas melayan gurauan Sofea. Pakwe? Sofea pun tahu aku tak suka berpakwe. Bagi aku, cuma menyusahkan hidup aku sebagai seorang pelajar. Silap hari aku boleh berubah seperti Sofea. Ya Allah, jangan lah aku jadi seperti dia.

"Sara, semalam Amirul call kau tak?,"tanya Sofea lagi bila melihat aku mendiamkan diri.

"Kenapa?,"tanyaku pendek.

"Semalam aku gaduh dengan dia. Lepas tu aku off kan handphone. Mana lah tahukan dia call kau pulak tanyakan aku,"

"Tak kan lah dia nak call aku. Aku bukan awek dia. Kau lah awek dia. Habis tu siapa pulak yang kau mesej ni?,"kata ku sambil memandang telefon bimbit Sofea yang dari tadi tak habis-habis berbunyi.

"Ni aku tengah pujuk dia lah. Semalam dia marah aku sakan. Aku cuma berchatting dengan kawan lama aku. Bukannya menggatal. Pening aku layan cemburu dia ni,"beria-ia Sofea mempertahankan diri. Aku cuma menggeleng.

"Kalau pening lepas ni mintak je putus. Habis cerita,"

Sofea membeliakkan mata apabila mendengar kata-kataku tadi. Aku sendiri tak sedar apa yang aku cakapkan tadi. Mungkin marah aku pada Sofea semalam masih belum hilang. Selama ni aku menyokong hubungan Sofea dengan Amirul. Walaupun kadang-kadang aksi mereka tak sedap dipandang, aku mengambil keputusan tidak mahu masuk campur. Aku tidak tahu bagaimana mahu menegur mereka memandangkan Sofea sahabat baik aku.

"Asal kau ni Sara. Cakap macam tu pulak. Aku sayang Mirul,"Sofea seakan-akan marah dengan kata-kata aku tadi. Ya Allah, bilakah Sofea akan sedar siapa sebenarnya Amirul? Lelaki yang cuma tahu cemburu dan mementingkan keegoannya. Cinta benar-benar membutakan manusia!
Credit here

No comments:

Post a Comment