Saturday, March 19, 2011

Hati Ini - Bab 3

Aku meluru balik ke kelas. Alamak, dah lambat 5 minit! Habislah aku!

Credit here
Sampai sahaja di hadapan kelas, tiba-tiba badanku kaku. Macam mana ni? Cikgu Mira mesti hukum aku sebab masuk lewat. Aku bukannya sengaja. Tadi perutku memulas dan aku segera ke tandas. Tak sedar pula waktu rehat sudah tamat. Aku melangkah perlahan masuk ke kelas.

"Ha, Sara! Berdiri dulu kat depan ni,"kata-kata Cikgu Mira telah ku jangka. Bukannya semua pelajar tak tahu yang Cikgu Mira ni pantang kalau pelajarnya lewat masuk ke kelas walaupun seminit. Dalam diam aku mengeluh. Entah apa lah yang dibebelkan oleh Cikgu Mira nanti.

credit here
 "Awak pergi mana masuk lewat ni? Saya datang sini nak mengajar. Awak sebagai pelajar sepatutnya dah bersedia sebelum saya masuk kelas. Bukannya masuk keluar sesuka hati. Itu namanya tak hormat,"bebel Cikgu Mira. Aku menjeling ke arah rakan yang lain. Sakit hati pula bila melihat mereka tertawakan aku.

"Tadi sakit perut cikgu. Jadi saya ke tandas. Sebab itulah saya lambat masuk,"jawabku sambil tersengih.

"Oh, masa tu lah nak terberak la, terkencing la. Waktu rehat tak pulak nak terberak. Mengada-ngada lah awak ni," tegas Cikgu Mira. Aku cuma diamkan diri. Karang menjawab entah apa lagi bebel Cikgu Mira nanti.

"Disebabkan awak lambat 6 minit, saya nak awak ketuk ketampi sebanyak 16 kali. Sekarang!,"

credit here
 Ketuk ketampi? Malunya! Dah lah aku seorang sahaja. Lepas ni mesti budak-budak ni sindir aku teruk. Kenapa lah hari ni bernasib malang? Dah lah pagi tadi kena marah dengan Cikgu Rosli sebab tak bawa buku. Aku sendiri tak sedar mana lah aku letak buku tu. Tak cukup lagi dengan peristiwa kelmarin yang amat mengecewakan aku. Hati ini masih sedih.

"Awak nak buat ke tak? Atau awak lebih suka merasa rotan saya ni?,"marah Cikgu Mira lagi apabila melihat aku hanya mematungkan diri.

Setelah mendengar amaran dari Cikgu Mira, aku cepat-cepat buat ketuk ketampi sambil menjeling ke arah Sofea. Sofea tersengih. Budak-budak lain pun lebih kurang sama sama. Suka lah tu aku kena denda. Perangai mereka sememangnya aku kenal. Tengok orang kena denda macam tengok free show. Tapi bila diri sendiri dah terkena, baru tahu malu.

Tiba-tiba mataku terpandang seseorang di meja belakang. Muka lelaki itu serius. Langsung tak tertawakan aku. Berbeza dengan pelajar lain. Muka dia tak pernah aku lihat sebelum ni. Siapa agaknya lelaki tu?

credit here

No comments:

Post a Comment