Wednesday, March 23, 2011

Hati Ini - Bab 4

"Kau ni kenapa?," tanyaku bila melihat Sofea dari tadi tersengih. Nasib baik Cikgu Mira tak perasan. Kalau tak sudah lama disindirnya. Perlahan-lahan aku mengurut lututku. Lenguhnya!

"Kenapa, kenapa?,"tanya Sofea sambil membelek-belek tudung. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Kalau dalam peperiksaan, pasti subjek Bahasa Melayu gagal.

"Tersengih-sengih macam orang gila. Dah lah tu belek-belek tudung. Serabut kepala aku tengok. Macam lah ada orang hensem kau nak mengurat,"
Credit here
 Tiba-tiba Sofea menarik lenganku. Dia mendekatkan mukanya ke muka aku. Ni pasti gosip. Tak pun cerita panas.
credit here

"Memang ada pun. Cuba kau tengok belakang sana. Budak baru,"bisik Sofea. Aku terkesima. Budak lelaki yang aku nampak tadi ke?

"Budak mana pulak ni. Yang duduk belakang sekali ke? Bila pulak dia masuk? Dia dari mana?"tak berani aku menoleh. nanti dia perasan, lagi lah aku malu. Sofea menganggukkan kepala sambil tesenyum menampakkan giginya. Huh, dah ada Amirul pun nak menggatal lagi.

"Tadi baru je dia masuk. Cikgu Mira bawak dia. Tapi tak pulak cikgu cakap apa-apa. Cuma suruh dia duduk kat belakang. Tapi pagi tadi Hana ada cakap yang ada budak baru masuk dari KL. Dia pindah sebab datuk neneknya dekat sini. Kau tahu, budak-budak ni dari tadi pandang dia. Gedik semacam. Nak kata hensem, memang pun! Gerenti lepas ni Hana, Yuni, Tia dengan Rita stalk dia"cerita Sofea sambil menjeling-jeling ke belakang.

Tapi lelaki tu nampak terlalu dingin. Dari wajahnya yang serius sudah ku jangka. Aku ingin menanyakan sesuatu mengenai lelaki tersebut kepada Sofea, tiba-tiba

"Soofeaaaaa!! Saaaraaaa!!"
credit here

Aku dan Sofea serentak menoleh. Alamak, mesti Cikgu Mira perasan kami bercakap dari tadi! Bersedialah menerima hukuman dari cikgu.

"Budak dua orang ni dari tadi saya tengok bercakap je. Bercakap mengalahkan tak berjumpa setahun. Macam buntut ayam. Nak bercakap pergi duduk luar. Siapa yang tak nak belajar tak payah duduk dalam kelas. Buang masa je! Awak ingat saya masuk ni semata-mata nak tengok awak berbual ke? Kalau tak nak belajar pun, hormat lah saya sikit,"Cikgu Mira memandang tajam ke arah kami. Sejak akhir-akhir ni mood beliau tidak menentu. Ada sahaja yang tidak kena dan salah kami semua.

Aku dan Sofea pun buat muka bersalah. Memang bersalah pun. Kalau aku jadi cikgu, aku pun mesti terasa hati kalau anak murid tak peduli apa yang aku mengajar di hadapan kelas. Tapi tak lah angin satu badan macam Cikgu Mira ni.

"Kalau awak berdua berbual lagi, saya halau keluar!"amaran Cikgu Mira membuat kami tunduk memandang buku. Tak sanggup memandang beliau yang sedang marah. Sabar je la.



Tak lama selepas itu, masa mengajar Cikgu Mira telah tamat. Aku dan Sofea mengeluh. Kami telah dihukum menyiapkan nota keseluruhan Bab 1 dan Bab 2 sejarah tingkatan 5 sebelum balik. Mana sempat nak hantar! Notanya dah lah banyak. Apa yang cikgu tulis di papan putih pun tak sempat aku salin. Hari yang malang!
credit here
 "Weh aku dah tanya budak-budak ni. Dia orang cuma ada nota kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara je. Tapi banyak skip. Yang cikgu baru ajar tadi dia orang dapat salin ciput je. Kau tahu je lah kan budak ni kalau cikgu suruh hantar nota, baru lah nak siapkan. Buku rujukan pun dia orang tak ada,"Aku mendapatkan Sofea yang sibuk menyalin nota dari buku teks. Sofea seolah-olah tidak dengar apa yang ku katakan tadi. Hana dan Rita tiba-tiba datang menyapa.

"Banyak lah kau kena salin Sofea kalau kau rujuk buku teks. Kalau boleh salin dari  nota ringkas la,"kata Hana yang membelek-belek buku teks Sejarah.

Credit here
 "Masalahnya Hana buku rujukan tak ada. Ala, buku teks dengan buku rujukan lebih kurang sama je. Janji siap,"Muka Sofea serius. Dia sememangnya takut dihukum oleh Cikgu Mira. Statusnya sebagai pelajar cemerlang pasti sedikit tercalar jika kerja sekolah tidak siapkan. Tetapi semua manusia tidak sempurna.

"Tapi buku rujukan ada point yang penting je. Salin dari buku teks tak sempat lah. Kena cari point lagi. Lepas ni cikgu lain masuk. Karang kena marah lagi sebab buat kerja lain. Mana lah nak cari buku rujukan ni?"Pening aku fikirkan kerja ni. Cikgu Mira jenis yang cerewet dalam bab membuat nota ringkas. Tak boleh terlalu pendek atau terlalu panjang.

Rita duduk di hadapan aku sambil tersenyum, "Nah, salin je dari buku nota ni! Dah cukup ringkas. Tak payah nak buang masa cari isi dalam buku teks"

Aku mengambil buku yang dihulurkan oleh Rita. Tadi aku tanya pelajar lain, semuanya cakap tak ada lah, tak siaplah. Aku melihat buku tadi.  Tertera nama 'Muhammad Shah Rizal Bin Radzman'. Siapa ni? Tak pernah dengar pun nama ni.

"Siapa punya ni?,"tanyaku kepada Rita yang dari tadi tersenyum.
Credit here
 

"Sebenarnya...

No comments:

Post a Comment