Friday, March 25, 2011

Hati Ini - Bab 5

"Sebenarnya ni kawan abang aku punya. Dia tua kita setahun,"

Sambil melihat nama yang tertera pada buku, "Siapa? Tak kenal pun Muhammad Shah Rizal Bin Radzman ni. Ceruk mana pulak dia datang?"

Rita berasa bengang. " Kau sebenarnya dengar ke tak aku cakap tadi? Aku kata buku kawan abang aku. Dia bagi aku pinjam. Tadi masa kau tanya, aku lupa. Masa aku kemas tadi, terjumpa pulak"

Oh, kawan abang rupanya. Ingatkan nama budak tu... Hish! Asal lah aku teringat budak lelaki tu. Aura dia semacam je.

"Abis tu asal kau tersenyum-senyum ni?,"soalku kepada Rita.

"Adalah,"jawab Rita pendek. Huh, tak habis-habis dengan rahsia.

"Dah! dah! Bagi sini aku pinjam. Biar aku salin dulu."celah Sofea yang tergesa-gesa menulis. Macam lipas kudung bisik hatiku.

"Wah, rajinnya. Ala tak payah lah buat. Bukan Cikgu Mira tu perasan pun,"terjah Yuni yang muncul dari belakang. Perempuan ni sengaja nak pengaruh aku dan Sofea supaya tak buat kerja.

"Tahun ni tahun SPM. Kita orang tak nak malas-malas lagi. Takut menyesal bila dapat result nanti,"bidasku yang malas melayan perangai Yuni.Yuni cuma tersengih. Lagak seperti orang yang tidak bersalah.

Credit here

"Weh, Cikgu Lim tak masuk hari ni. Dia ada mesyuarat. Dapatlah kita berehat kejap,"terjah Tia pula yang tiba-tiba join.

"Yessss!,"jeritan kecil Yuni sudah ku jangka. Dia memang suka kalau cikgu tak masuk kelas.

Sofea yang tadi serius tiba-tiba gembira, "Baguslah. Lagi banyak masa aku dapat siapkan kerja ni. Cikgu Lim macam tahu je yang aku kena hukum hari ni,"

Aku tersenyum. Tapi dalam senyuman terselit rasa kecewa. Sofea budak yang pandai. Ramai yang hormat terhadapnya disebabkan kepandaiannya. Mukanya yang iras-iras Suki dari program realiti One In Million itu telah menawan hati Muhammad Amirul Razi. Tapi sayang sekiranya cinta itu berdasarkan nafsu semata-mata. Aku masih simpan rapi ingatan mengenai peristiwa di rumah Sofea. Tak pernah ku lupa!

Credit here
"Weh, hensem kan budak baru tu. Apa kata kita pergi usha dia,"kata Tia dengan teruja. Kami semua pun pandang ke arah lelaki yang diperkatakan. Dari jauh, aku melihat dia sedang membelek-belek buku Sejarah. Entah apa lah dia cari.

Suara Yuni kedengaran, "Muka dia macam familiar lah. Macam siapa ek?,"

"Ah kau. Semua lelaki kau cakap macam pernah tengok. Lagi-lagi mamat hensem,"sindirku. Tia, Yuni, Hana dan Rita sudah duduk mengelilingi tempat aku dan Sofea.

"Tapi kali ni serius. Muka dia macam aku pernah tengok di TV,"kata Yuni lagi. Kami memandang satu sama lain. Bingung seketika. Tiba-tiba baru teringat,

Kami semua menjerit, "Hyun Bin!!!!,"

Credit here

Semua pelajar memandang kami. Cepat-cepat kami berpura sedang membuat kerja sekolah. Akhirnya, kami ketawa sendiri.Ya, mukanya mengingatkan aku pada pelakon Korea, Hyun Bin.

Credit here

"Iras-iras je kot. Muka budak baru tu muda sikit. Nampaklah macam pelajar sekolah. Lain dengan Jung Ji Oh yang mukanya nampak lebih matang,"Sofea beria-ia menyakinkan kami.

"Aah. Ton warna dengan mulut dia samalah. Tapi tolong sikit ea Sofea. Nama Hyun Bin sekarang Kim Joo Won,"Hana pula tidak mahu mengalah. Dia boleh dikatakan peminat no 1 Hyun Bin.

"Ah, tak habis-habis dengan korea kau orang tu,"aku seakan-akan rimas dengan sikap mereka sangat teruja apabila bercakap pasal artis Korea.

"Ala, Sara. Macam lah kau tak layan cerita Secret Garden. Bohong sangat,"celah Rita sambil menyinggung lenganku. Rita ni!

Masing-masing ketawa mendengar Rita menyindir aku. Aku bukannya tak suka pelakon Korea tapi tidak lah tahap tergila-gilakan dunia artis di sana.

Tiba-tiba Yuni berdiri, "Jom kita tanya budak tu. Nama dia pun kita tak tahu. Rasa rugi pulak tak kenal,"

"Aku nak ikut kau Yuni,"Sofea tersengih memandang Yuni.

Credit here

"Kau dah ada Amirul dah lah!,"marah Tia pula. Hish, macam budak kecik lah dia orang ni. Umur dah remaja tapi perangai macam budak sekolah rendah.

"Dah. Tak payah lah usha budak tu. Macam terhengeh-hengeh pulak. Nanti cikgu lain masuk mesti dia suruh budak tu perkenal kan diri. Tak payah lah risau sangat,"aku cuba menahan mereka. Aku tak suka melihat cara Yuni tadi yang terhengeh-hengeh mahu kenal budak baru tu. Bagi aku, kita perempuan biarlah jual mahal sikit.

"Betul tu," sokong Rita dan Hana serentak. Tia dan Yuni mula tarik muka dan balik ke tempat belajar masing-masing. Sofea pula ketawa kecil melihat muka Tia dan Yuni yang tidak puas hati dari tadi. Aku tahu mereka sekadar bergurau.

Mataku tertumpu pada wajah budak baru tadi. Aku tidak nafikan dia semamangnya kacak! Mengingatkan aku pada drama World Within.

Credit here





No comments:

Post a Comment