Friday, May 20, 2011

Hati Ini - Bab 7

Selepas tamat pembelajaran di sekolah, aku pulang ke rumah walaupun ramai yang tak balik disebabkan kelas tambahan pada waktu petang. Dalam hati, cuma ada perkataan malas. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas dan aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah. Selalunya ayah yang jemput di sekolah. Nasib baiklah Sofea sudi teman aku balik hari ini.

Sampai sahaja di rumah aku cepat-cepat mandi dek tak tahan dengan badan yang melekit. Segar rasanya selepas mandi. Tiba-tiba terdengar telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej baru.

Unknown : Hai. Ada kelas ke?

Siapa pulak yang hantar mesej ni. Nombornya langsung aku tak kenal. Mungkin budak-budak ni yang hantar.

Sara : Ada. Siapa ni? Tia ke?

Tidak lama selepas itu, telefon berbunyi lagi.

Unknown : Tak lah. I'm not a girl.

Aku bingung seketika. Siapa lagi kalau bukan budak-budak ni? Lelaki memang jarang aku layan kecuali teman-teman rapat. Fauzi ke? Fauzi memangnya suka sangat menyakat orang lain. Pantang kalau tak buat aku dengan budak-budak ni marah dek perangai dia yang suka bergurau tahap melampau.

Sara : Ni Fuzi ke?

Fuzi merupakan nama panggilan Fauzi. Aku melihat jam di dinding. Alamak aku dah lambat! Kalau jalan kaki memang tak sempat lah sampai sekolah. Cepat-cepat aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Sofia.


"Fia kau kat mane? Kau bawak motor kan? Ambil aku kat rumah. Malas lah nak jalan kaki,"

Huh! Nasib baik menyebelahi aku. Kenapa lah aku tak terfikir dari awal lagi yang Sofea ada motor? Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi menandakan ada mesej baru.

Unknown : Siapa Fuzi? Your boyfie? Damn!

Kalau bukan Fauzi, siapa yang....

Thursday, May 19, 2011

Hati Ini - Henry

He looks like Hyun Bin. not totally 100 % same. and not really really really Hyun Bin. damn Henry looks young than Hyun Bin. Just figure out a young Hyun Bin. LOL.

SG! Joo Won or whatever his name...

Monday, May 16, 2011

Hati Ini - Bab 6

Fuh, lega kerja sejarah dah siap! terima kasih kepada cikgu yang tak masuk kelas hari ini.

"weh esok g SR nak? dah lama tak lepak sana,"ajak Sofia tiba-tiba ketika aku mula merasa mengantuk. Waktu itu tiada guru pun masuk ke kelas. Ada mesyuarat katanya.

"Malas lah. Aku pun tak ada duit ni,"

"Ala. lepak-lepak je. bukannya makan besar pun,"Sofia cuba memujuk.

"Kau ingat Secret Recipe tu kedai mamak ke?"

Sofea tersengih. Budak perempuan ni kadang-kadang 'nerd' juga. Sakit hati bila layan. Pada waktu tu kedengaran suara perempuan memekak-mekak. Siapa lagi kalau bukan Yuni dengan Tia. Suara dia orang boleh dengar satu blok.

"Sara kau tak nak try ke dengan budak baru tu. Dia smart jugak lah aku tengok,"suara Sofea kedengaran sedikit nakal. Dahiku berkerut mendengar kata-kata Sofea.

"Gila! Tak ingin lah,"

Sofea ketawa. Aku hanya mencebik."Ala Sara kau ni tak thrill la. Apa salahnya. Aku nak jodohkan dia dengan kau la. Aku tak sanggup tengok kawan aku jadi anak dara tua,"

Baik aku jadi anak dara tua dari buat dosa, bisik hatiku.

"Kau tak payah pandai-pandai ea. Rimas aku,"bantah aku sambil membuat muka tak puas hati. Sofea ketawa lagi dan terus bangun dari tempatnya. Sofea memandang aku dan terus berjalan ke arah belakang. Seperti menuju ke tempat budak 'Hyun Bin'. Oh tidak! Tolonglah Sofea jangan buat hal!

Aku memandang ke tempat lain. Malas aku nak layan kerenah Si Sofea ni. Cari pasal betul lah. Tak lama lepas tu Sofea kembali ke tempat duduk sambil mengukirkan senyuman yang amat 'bermakna'. Aku buat-buat sibuk membaca buku.

"Henry,"kata-kata Sofea membuat aku bingung seketika. Apa pulak ni?

"Nama budak baru tu Henry. At first, i thought he is muslim. Nampaknya non-muslim. Bapak dia cina campur amerika tapi mak dia orang Indonesia. Tapi bukan muslim la. Setahu aku Kristian. Bapak dia asal orang sini. Dulu dia duduk KL. So kau faham-faham je lah kenapa dia pindah sini kalau bukan bapak dia nak kerja kat sini. Dengarnya bapak dia businessman. Kira orang kaya jugak la. Aku macam pernah dengar pasal bapak dia tu. Kat sini jarang ada orang mix amerika kecuali golongan berada,"serius Sofea menerangkan mengenai budak baru tu.

"Gila lah. Kau gi tanya dia ke tadi?,"soalku kepada Sofia.

"Tak lah. Aku tanya Fauzi tadi. Dia yang cerita. Aku tak berani nak tanya. Aku tengok dia serius semacam je,"

Kami terdiam. Entah kenapa. Henry? aku ingat dia orang Islam. Rupa-rupa nya bukan. Pada aku muka dia ada iras sikit orang Melayu. Mungkin disebabkan dia ada mix indonesian. Aku dapat jangkakan selepas ni mesti ramai perempuan kat sekolah ni mula menggedik dan tak lama lagi budak baru jadi pelajar popular. Tengok je lah nanti.