Friday, May 20, 2011

Hati Ini - Bab 7

Selepas tamat pembelajaran di sekolah, aku pulang ke rumah walaupun ramai yang tak balik disebabkan kelas tambahan pada waktu petang. Dalam hati, cuma ada perkataan malas. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas dan aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah. Selalunya ayah yang jemput di sekolah. Nasib baiklah Sofea sudi teman aku balik hari ini.

Sampai sahaja di rumah aku cepat-cepat mandi dek tak tahan dengan badan yang melekit. Segar rasanya selepas mandi. Tiba-tiba terdengar telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej baru.

Unknown : Hai. Ada kelas ke?

Siapa pulak yang hantar mesej ni. Nombornya langsung aku tak kenal. Mungkin budak-budak ni yang hantar.

Sara : Ada. Siapa ni? Tia ke?

Tidak lama selepas itu, telefon berbunyi lagi.

Unknown : Tak lah. I'm not a girl.

Aku bingung seketika. Siapa lagi kalau bukan budak-budak ni? Lelaki memang jarang aku layan kecuali teman-teman rapat. Fauzi ke? Fauzi memangnya suka sangat menyakat orang lain. Pantang kalau tak buat aku dengan budak-budak ni marah dek perangai dia yang suka bergurau tahap melampau.

Sara : Ni Fuzi ke?

Fuzi merupakan nama panggilan Fauzi. Aku melihat jam di dinding. Alamak aku dah lambat! Kalau jalan kaki memang tak sempat lah sampai sekolah. Cepat-cepat aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor telefon Sofia.


"Fia kau kat mane? Kau bawak motor kan? Ambil aku kat rumah. Malas lah nak jalan kaki,"

Huh! Nasib baik menyebelahi aku. Kenapa lah aku tak terfikir dari awal lagi yang Sofea ada motor? Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi menandakan ada mesej baru.

Unknown : Siapa Fuzi? Your boyfie? Damn!

Kalau bukan Fauzi, siapa yang....

No comments:

Post a Comment