Tuesday, June 7, 2011

Hati Ini - Bab 8

Ingatanku kembali pada petang tadi. Entah kenapa aku memikirkan siapa yang menghantar mesej tersebut. Aku ada jugak bertanyakan hal ni kepada Sofea tapi dia sendiri pun tak kenal. Jarang aku terima mesej dari orang yang aku tidak kenal kerana aku sendiri tidak suka memberi nombor telefon sesuka hati. Kecuali kawan-kawan yang aku kenal. Itu pun kalau aku baik hati nak bagi. Aku membelek-belek kembali mesej petang tadi. Sememangnya aku tidak membalas mesej tersebut. Perasaan ragu-ragu mula timbul. Sedang aku menatap skrin telefon tiba-tiba telefon ku berbunyi

caller ringtone :p

Sara : Hello... Assalamualaikum....

(senyap)

Sara : Hello..... (kali ni lebih panjang harkatnya. hehe)

(senyap lagi)

Beberapa saat kemudian terdengar suara orang ketawa kecil. Aku mula rasa tidak sedap hati apabila mendengar suara tersebut. Ikutkan hati mahu sahaja aku menamatkan panggilan tetapi tangan dan suaraku kaku seketika.

Unknown : Sorry ganggu 

Aku pula tidak dapat mengeluarkan suara. Aku cuba mengencam milik suara lelaki itu.

Unknown : hello... kenapa senyap je?

Aku terdiam lagi.

Unknown : Sara....

Walaupun suaranya garau tetapi kedengaran lembut di telingaku apabila dia menyebut nama 'Sara'.

Sara : Awak.....

credit here


Sara : Awak ni.... Riz ke?

Terdengar dia tertawa lagi

Unknown : How are u my dear?

Sara : are u really really Riz?

Kali ini ketawa dia lebih kuat tetapi menyenangkan

Unknown : Ye lah. Tak kan tak kenal suara I lagi Sara.

Sara : I macam tak percaya bila u telefon I ni.

credit here
 Riz : (ketawa lagi) asal tak percaya pulak? Oh u mesti dah lupakan I kan. Mesej yang I hantar petang tadi pun u tak balas.

Sara : Eerrr... pe...tang..ta..di... I.. haa.. petang tadi I tusyen kat sekolah. Sibuk.

Riz : I tahu...

Aku merasakan amat kekok. Beberapa saat tiada suara yang kedengaran seolah - olah kehilangan suara tiba-tiba. Ada sesuatu yang ingin aku katakan tetapi ia tersekat untuk dikatakan. Air liur aku telan perlahan-lahan bagi menghilangkan rasa gemuruh.

Riz : Sara are u ok?

Sara : Im ok Riz. U kat mana ni? Kat Jepun lagi ke?


Riz : Kalau I kat Jepun sekarang ni, tak ada I nak call u tahu.


Sara : Dont say that u...


Riz : Yes. I kat Malaysia sekarang ni.

Sara : Are u serious? Macam mana I boleh tak tahu ni? OMG! I rasa I baru je tak jumpa u semalam. Abang Shafiq tak beritahu apa-apa pun kat I. Nak kena dia ni.


Riz : (ketawa) masa berlalu dengan cepat. abang u sendiri tak tahu I balik. Jangan kasi tahu dia. I saje nak buat suprise macam mana dia buat suprise dah bertunang sekarang. Dia tu bercinta pun tak beritahu I. Tiba-tiba je dapat tahu dah bertunang.

credit here
 Sara : Abang Syafiq sengaja. Dia tak nak kacau u kat Jepun. Ala baru tunang je la. Nanti kahwin mesti jemput punya.

Riz : Ni I datang rumah u lah.

Sara: (terkejut) HAA! malam-malam macam ni?


Riz : Tak lah. Mesti lah esok, Sara. Penat I pun tak hilang lagi.


Sara: Kesiannya dia. Tak apa tak apa. Rehatlah dulu. Tapi esok mesti datang rumah ok.


Riz : Mesti. I pun dah lama tak jumpa mak dan... u .... (ketawa)


Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Adakah dia benar-benar maksudkan kata itu atau sekadar gurauan? Malam ini aku benar-benar rasa gembira walaupun perasaan gemuruh dan malu mula aku rasakan. Tapi sumpah aku rindukan suaranya. Suaranya masih sama seperti empat tahun dahulu. Kami terus melepaskan rasa rindu dan entah bagaimana mulutku senang berbicara tentang hal diriku dan sekolah selama kami tidak bertemu. Dan dia tidak berhenti membuat aku tersenyum dengan kata-katanya. Siapa Riz dalam hidupku biarlah aku simpan dahulu menjadi rahsia. Kerana dia benar-benar rahsia hati ini :)

Credit here

No comments:

Post a Comment