Monday, September 19, 2011

Hati Ini - Bab 9

"What?? Tak nak lah aku" kata-kataku membuat semua pelajar memandang ke arah aku. Tapi aku hanya buat endah tak endah.


"Nak buat macam mana? cikgu yang suruh."jawab Sofea sambil mencebik.


"Tapi kenapa pulak aku?"

"Sebab Cikgu Rosman yang suruh. Kau kan 'anak emas' Cikgu Rosman," Sofea ketawa membuat hati aku lagi sakit.

Aduh! kenapa malang sangat nasib aku? Kenapa pulak aku yang kena tolong budak tu? agak tak ada budak lelaki yang boleh tolong.

"Fuzi! Fuzi!," aku memanggil Fauzi dengan harapan baru.

Fauzi yang sedang menyiapkan kerja sekolah di mejanya segera menoleh.

"Apa?"jawab Fauzi acuh tak acuh. Dengan segera aku berjalan ke mejanya.


" Tolong aku weh."


 "Tolong apa?"

"Cikgu Rosman suruh aku tolong budak baru tu untuk PEKA. kau gantikan aku boleh?" pintaku dengan suara penuh berharap. Fauzi memandang tepat ke mukaku. Entah apa yang difikirkan.


"A..sal Cikgu Ros...man su..ruh ka..u?"tanya Fauzi dengan terbatuk-batuk. Sakit ke?

"Mana lah aku tahu. Kau tolong dia ea? dia satu experiment pun tak ada,"aku menjawab sambil memandang wajah Fauzi yang agak pucat. Baru ku perasan.


 "Tengoklah nanti. Aku busy ni"


"Fuzi, kalau kau demam, aku boleh cakap dekat cikgu"



Fauzi hanya diam. Wajahnya tertunduk. Tangannya memegang pen tapi tidak bergerak.Tidak tahu sama ada dia sememangnya fokus dengan kerjanya atau tidak.

"No need,"jawabnya pendek.

Belum sempat aku katakan sesuatu, Fauzi sudah bangun dari kerusinya, terus ke luar kelas. Entah ke mana dia pergi apabila melihat kelibatnya tidak kelihatan. Mungkin dia perlukan udara segar

Mataku tertumpu ke buku sekolah yang sibuk Fauzi siapkan tadi di atas mejanya. Tertulis 'Mathematics' dan 'Muhammad Fauzi Firdaus'. Aku menyelak satu persatu buku tersebut. Satu soalan pun belum dijawab.

Seperti ada yang tidak kena.
Pada waktu rehat, aku dan Sofea berkesempatan ke perpustakaan untuk menyiapkan kertas latihan subjek Kimia.

"Weh kau ok tak ni?" tanya Sofea tiba-tiba. Aku yang sedang sibuk menekan kalkulator terus memandang Sofea di hadapanku dengan tanda tanya.

"Ok, Kenapa?"

Sofea mencuit jariku sambil bersuara, "Happy semacam. Pastu senyum sorang-sorang"

Aku terus tersenyum manja. Hatiku terasa berbunga. Ingin sahaja aku menjerit kegembiraan.

"Kau nak tahu something tak?" tanyaku kepada Sofea dengan suara yang perlahan.

" Apa?"

Aku mencapai pensil dan menulis sesuatu di atas kertas kira-kira Sofea.

Terbeliak mata Sofea memandang aku apabila membaca tulisanku. Reaksinya sudah ku jangka

" Biar betul. Abang Riz yang study kat Jepun?," suara Sofea seperti ingin menjerit tapi ditahan.



Aku hanya sekadar mengangguk. 

"Macam tak percaya je,"kata Sofea dengan mata separuh terbeliak dan reaksinya yang agak terkejut.

Belum sempat aku bercerita dengan lebih lanjut, tiba-tiba kami ditegur oleh seseorang.

"You Sara?,"

Aku menoleh ke belakang. Satu susuk tubuh berdiri betul-betul di belakangku.



Aku tersentap. Dengan segera aku menoleh kembali ke muka Sofea. Sofea pula hanya tersengih.

"Sara? Sofea?,"


No comments:

Post a Comment