Thursday, December 29, 2011

Cara kenal pasti KPOP LOVER. Anda KPOP LOVER?

ramai yang kadang-kadang tak sedar yang mereka sudah terkena virus kpop. tapi macam mana nak tahu kita sudah menjadi seorang pencinta kpop susah mati (die hard kpop lover) ? oh ni senang.



1. mula download banyak lagu kpop sampai penuh dalam hp dan laptop. lagu yang latest mesti ada woh.


2. hari-hari dengar lagu kpop, bukak laptop, on radio, tengok utube serta tv sampai tak boleh tak dengar satu hari. cakap pun dah macam orang korea. lirik pun dah boleh hafal. boleh masuk program Jangan Lupa Lirik. saya kunci lirik ini!



3. cari dan simpan photoshoot serta wallpaper artis kpop dalam hp dan laptop. koleksi kesayangan la katakan. kalau jumpa akhbar or majalah pasal artis kpop sanggup beli, langgan setiap bulan dan simpan elok-elok even masa tu poket kering. contoh majalah epop.




4. wallpaper hp dan laptop wajib gambar artis kpop supaya boleh tengok muka mereka hari-hari sambil berangan jadi kekasih (motif? LOL). kat dinding bilik pun ada poster artis kpop. haiya!


5. update status asyik2 pasal kpop sambil orang lain meluat


6. jumpa kawan or sms cakap pasal kpop umpama kanak-kanak riang dapat cokelat. excited la kiranya.


7. belajar hangul hingga bajet macam orang korea. Saranghae! (itu je yang korang tahu kan. LOL)





8. bila tahu mereka datang buat concert, gembira tak terkata, menjerit kegembiraan dengan mata yang bersinar-sinar. macam pussy in the boot.


9.frust giler kalau terlepas pergi konsert or fan meeting artis kpop. jangan bunuh diri sudah la ye.


10. follow FB or twitter artis kpop. ala bukannya faham pun sebab mereka kebanyakannya guna bahasa korea. even guna google translate masih garu-garu kepala. tapi biasalah buat-buat faham. kalau mereka tulis LOL pun bantai gelak sekali. nampak tak kegilaannya?






11. mimpi pasal artis kpop. nak2 mimpi kahwin dan dapat anak2 comel, mata sepet. itu tahap dewa kpop lover.




12. mula makan makanan korea terutama kimchi. tak sedap pun layan juga. yela makanan kegemaran 'my darling'


13. sanggup beli album original artis kpop even jauh mahal dari meal kt kfc tuh. kalau tak jumpa sanggup tempah kat internet. padahal duit tu boleh support topup berbulan-bulan.





14. fesyen pun nak ikut artis kpop. hish nak buat rambut macam dia! wow lawanya kasut dia, nak satu! handsome giler bila dia pakai cermin mata! even tak lawa macam artis kpop pun, tak apa, janji sebijik sama macam mereka.




15. marah tahap dewa bila orang lain kutuk kpop. back up bukan main walau artis kpop tu bukannya tahu. biasalah pendapat lain-lain.


16. kalau online, perkara pertama mesti dapat tahu pasal perkembangan artis kpop. mula la tengok laman web allkpop la. even artis tu tengah makan pun mesti tahu. macam-macam la!



17. mesti tengok apa2 program yang melibatkan artis kpop kesayangan. tak tengok mula la meroyan. padahal boleh je download or search kat utube kan. misalnya kbs world. ada music bank, happy together, invincible youth, dream team dan banyak lagi. music bank wajib tengok! gaduh berebut channel pun sanggup!




18. mula pasang impian nak pergi korea. bajet jumpa artis kpop mereka. menabung tak nak pulak. kahwin pulak nak dengan orang korea. amboi taste nye! Korea here i come!



19. dengan bangganya mengaku ELF la, Cassiopeia, VIP, Hottest, SONE, Wonderful dan macam-macam lagi. peminat susah mati la katakan.






tapi macam mana nak tahu kalau dah tak jadi kpop lover? kira tak layak or dah bersara la ya. ini lagi lah senang.

1. pernah cakap 'aku ni bukan minat sangat dengan kpop ni' or 'saja je aku layan kpop. itupun satu lagu je', 'kpop ni bukan bagus sangat. budaya negatif ni'



2. tak kenal siapa suju, tvxq, snsd, ss501 dan lain-lain artis kpop yang popular. yang dah bersara, dah lupa dah artis kpop ni! eh, leeteuk tu orang melayu yang bakal jadi pm tu ke? jaejoong tu artis bollywood ea? ni dah tahap dewa.

3. dah benci dengan korea. I Hate KPOP! lebih kurang la macam tu.

p/s hanyalah pendapat peribadi =p






No comments:

Post a Comment