Saturday, December 10, 2011

Kenapa ramai orang tengok filem Ombak Rindu?

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"

Sejak akhir-akhir ini ramai yang menulis mengenai filem ombak rindu. dari segi kutipan hinggalah isu-isu kontroversi yang melibatkan penulis novelnya sendiri. katanya kutipan filem ini mungkin mengatasi kutipan KL Gangster. Tak kisah lah yang penting kepuasan itu sendiri selepas menonton filem ini. Tapi apakah rahsia disebalik filem ini sehingga mendapat sambutan hangat dari masyarakat?

 1. Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari



ramai yang sedia maklum filem ombak rindu diadaptasi daripada novel ombak rindu terbitan alaf21. novel ini sendiri mempunyai kelompok peminat yang ramai dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak hairanlah novel ini tersenarai dalam the best seller. malah bagi peminat novel, novel Ombak Rindu boleh dikatakan novel wajib dimiliki. Jalan cerita yang menarik dan mampu membuat pembaca mengalirkan air mata. Jadi ramai peminat novel pasti tidak sabar menonton filem ini untuk melihat sendiri 'Izzah' dan 'Haris'. Untuk menjadikan satu novel kepada satu filem bukanlah mudah kan. Jadi pasti ada yang tidak sama dengan novel dan hanya adegan-adegan tertentu diambil daripada novel tersebut. Lagipun kebanyakan drama yang diadaptasi daripada novel mencapai rating tertinggi seperti drama Nora Elena, Stanza Cinta, dan Trilogi Cinta.



2. Para pelakon yang popular



Siapa lagi yang akan membawa watak Haris kalau bukan pelakon lelaki popular, Aaron Aziz. Boleh dikatakan hampir semua novel yang diadaptasi kepada drama, filem dan teater pasti menyenaraikan pelakon ini dalam senarai pelakon utama antaranya drama  Nora Elena yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha, Stanza Cinta, Badai Semalam dan terbaru Adam dan Hawa. Agaknya kenapa Aaron selalu mendapat watak hero? adakah kerana wajahnya yang tampan dan bodynya yang menepati watak hero kebanyakan novel? adakah kerana bakat, kebolehan atau X -factor? atau kerana kejayaan  beliau setelah banyak filem, drama dan teater lakonan beliau mendapat sambutan yang hangat? Tapi semestinya kaum wanita menjadikan beliau antara sebab  menonton filem ini.







Watak Izzah pula dilakonkan oleh pelakon wanita yang sangat jelita, Maya Karin. Pada mulanya ramai yang tidak mempercayai keberkesanan lakonan beliau memandang Maya gadis kacukan metropolitan bukan gadis Melayu hidup di kampung yang selalu digambarkan oleh masyarakat. Tapi percayalah bakat mengatasi kekurangan beliau. Mungkin ramai penonton yang tidak sedar Maya Karin dalam filem ini sebaliknya Izzah gadis kampung  yang menghadapi dugaan yang besar dalam hidup. Keserasian Aaron dan Maya sangat baik hingga mampu melakonkan adegan romantik. Watak Mila pula dilakonkan oleh Lisa Surihani, pelakon wanita cantik yang sangat popular. Tapi kenapa Lisa bawa watak antagonis? Kenapa bukan Maya Karin, Fasha Sandha, Fazura, Neelofa, Izara Aishah atau siapa sahaja pelakon yang selalu bawa watak antagonis dan gedik? Siapa pun yang penting watak Mila dilakonkan dengan jayanya. Mungkin Lisa ingin membuktikan kebolehan beliau setelah asyik diberi watak baik yang stereotaip atau mungkin Lisa tidak selesa melakonkan adegan-adegan yang terlalu romantik itu?


Sememangnya senarai barisan pelakon akan diungkit oleh penonton kerana masing-masing ada citarasa sendiri. Sebab itulah pasti ada masalah mencari pelakon yang sesuai apabila novel diadaptasi. Masing-masing ada imaginasi sendiri apabila membaca novel Ombak Rindu. Katanya tidak ada feel kalau pelakonnya tidak memenuhi citarasa mereka.

3. Promosi, review dan trailer



Banyak review dan promosi yang dapat dilihat  di internet, akhbar dan televisyen. lihat sahaja di blog, twitter dan facebook yang banyak update mengenai Ombak Rindu. Lagipun filem ombak rindu memang disebut-sebut sebelum ditayangkan di pawagan. Promosi besar-besaran pasti membantu filem ini. Ramai yang review filem ini terbaik, lain daripada yang lain, mampu mengalirkan airmata dan macam-macam lagi. Lagipun ramai yang puji filem ini sehingga ada yang memberi 5 bintang. Pasti ini mempengaruhi orang lain yang tidak sabar untuk menonton filem ini sendiri. Filem Ombak Rindu sudah menjadi trending dan fenomena. Penonton terpengaruh dengan trailer dan cakap-cakap yang mengatakan airmata pasti mengalir apabila menonton filem ini. Terpulang kepada diri sendiri sama ada benar-benar menghayati atau tidak. Lagi obvious kalau tak ada perasaan kan. Tak adanya feeling.




4. Soundtrack





Soundtracks dalam filem ini membantu penonton untuk feel walaupun ada yang tak berapa nak kena  pada sesetengah adegan. satu fenomena macam lagu bila cinta dalam lagenda budak setan. lagipun lagu-lagunya best seperti ombak rindu nyanyian hafiz dan adira. Ada yang menyukai lagu ini lebih daripada filem itu sendiri.

klik untuk lirik lagu ombak rindu

5. sinematografi


sinematografi dalam filem ini sangat cantik. Alor Setar, Langkawi dan Cameron Highlands antara lokasi pengambaran filem Ombak Rindu. Ya ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan teknik yang terbaik. dulu nur kasih juga dipuji kerana sinematografinya yang terbaik walaupun dalam drama. Thumb up!





6. Adegan-adegan romantik 





pasti ramai yang jatuh  cinta dengan Hariz apabila membaca novel ombak rindu. Lebih-lebih lagi bila baca bab-bab romantik. Mesti penonton ingat adegan hariz dan izzah bertukar jam tangan, hariz dan izzah di pantai, bermesra di atas kapal, hariz menangis dan banyak lagi. Dalam filem ini juga, terdapat adegan-adegan romantik atau terlampau romantik. Aksi di katil pun ada. Ramai yang tak setuju apabila ia ditayangkan. Ada juga yang tak kisah dan menganggap adegan romantik perlu kerana ia sebahagian daripada novel. Tapi terpulanglah. Tutup mata dan pekakkan telinga kalau tidak suka.









7. Sokongan kepada filem melayu

siapa lagi yang nak sokong filem melayu selain rakyat malaysia sendiri kan. dan siapa lagi yang  bangga dengan kejayaan filem melayu kalau bukan orang melayu itu sendiri. lagipun filem ini berada di class nya tersendiri.

8.  cuti sekolah dan tak ada filem lain pada waktu tu


9. saja luang masa tak ada aktiviti lain




p/s apa pun sebabnya, ini hanyalah pendapat peribadi =)

No comments:

Post a Comment