Tuesday, December 20, 2011

Perkara yang anda patut tahu jika anda KPOP Lover !

memandangkan ombak tsu-kpop telah melanda Malaysia, mesti ramai yang bercakap pasal isu kpop ni. dalam radio, tv, internet, majalah, surat khabar, semua orang cakap pasal kpop. malah ada blog dan laman web yang khas untuk pencinta-pencinta kpop. paling command pun mesti kenal super junior kan. belum masuk lagi bab drama-drama korea.

tak kisah lah kpop ke jpop ke justin bieber, lady gaga ke indopop pun, nak minat tak mengapa tapi kalau dah sampai tahap taksub tu, berpijak lah di bumi yang nyata ini. tak minat pun tak apa, tak membawa maut tapi janganlah sampai melemparkan perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan atau dengan bahasa lebih mudah, mencarut dan menghina.

jika anda tak tahu mengenai salah satu perkara di bawah , anda tidak layak digelar kpop lover. Serius!

1. DBSK / TVXQ

DBSK atau TVXQ ni dikatakan Kings of Hallyu Wave. sesiapa yang minat kpop, tapi tak kenal kumpulan ni, tak payah lah mengaku pencinta kpop ye. dbsk ni kumpulan yang first class kiranya di Korea. mana-mana penyanyi yang dapat beat kumpulan ni, kira salute lah dan memang satu miracle. Ahlinya terdiri daripada Jaejoong(Hero), Yunho (U-know), Junsu (Xiah), Yoochun (Micky) dan Changmin (Max). Tapi sekarang Jaejoong, Junsu dan Yoochun bentuk kumpulan baru, JYJ. sm entertainment tak rasa rugi ke?

die hard fans kumpulan ni dipanggil cassiopiea atau cassie. warna rasmi mereka adalah merah. pergi mana-mana concert DBSK mesti nampak belon or whatever warna merah kan. fan club DBSK ni antara paling ramai ahli di dunia. Jaejoong atau Hero merupakan ketua kumpulan DBSK. serius, suara dia sangat sedap. lagu-lagu mereka boleh search di youtube seperti mirotic.



2. Super Junior



rata-rata rakyat malaysia kenal kumpulan ni. makcik-makcik pun boleh ingat korus lagu sorry sorry. mereka memang terkenal dengan lagu sorry sorry. ramai suka kumpulan ni sebab tarian dan lagu yang catchy. terdapat 13 orang ahli dalam kumpulan SuJu ini iaitu LeeteukHeechulYesungKanginShindongSungminEunhyukDonghaeSiwon,Ryeowook, Han Geng, Kibum dan Kyuhyun. Tapi ada yang sudah tinggalkan kumpulan ni seperti Han Geng. Leeteuk merupakan ketua kumpulan SuJu. Siapa yang dah kenal Super Junior, dah tak payah nak terangkan lagi.

Fan club mereka dikenali everlasting friend atau ELF. warna rasmi mereka adalah biru. antara lagu mereka yang popular, Bonamana, Mr Simple dan banyak lagi.




3. Girls' Generation / SNSD



mesti ramai lelaki kenal SNSD ni. kumpulan ini terdiri daripada 9 orang gadis yang cantik dan hot, Taeyeon, JessicaSunny, TiffanyHyoyeon,YuriSooyoung,Yoona and Seohyun. Taeyeon merupakan ketua kumpulan SNSD. Suaranya pun sedap. Mereka terkenal dengan lagu gee, genie, hoot, oh! dan banyak lagi. Bukan sahaja cantik malah lincah menari. SNSD juga banyak buat CF. 



Fan club mereka dikenali sebagai SONE. warna rasmi mereka kalau tak silap pearl pink heart. Lagu SNSD yang terbaru, the boys dan mr taxi.



4. Wonder Girls



i want nobody nobody but you! wonder girls yang terdiri daripada 5 orang gadis, Sunye, Yoobin, Sohee, Hyerim dan Yeeun. Sunye merupakan ketua kumpulan WG. Mereka terkenal dengan lagu nobody, tell me, 2 different tears dan banyak lagi. ramai yang kenal mereka kerana tarian mereka yang catchy kan. 



Fan club mereka dikenali sebagai wonderful. warna rasmi mereka pearl burgundy. lagu mereka yang terbaru, be my baby. Lagu ni pun best.


5. 2PM



2PM terdiri daripada  JunsuJunhoNichkhunTaecyeonWooyoung and Chansung. Jaebeom (Jay Park) merupakan bekas ketua kumpulan 2PM dan sudah keluar dari kumpulan ini kerana kontroversi. Jay Park sekarang bergerak secara solo. Mereka terkenal dengan lagu again & again, 10 points out of 10, heartbeat, without you dan yang terbaru hands up. Ramai remaja perempuan minat 2PM kerana jejaka yang kacak dan sasa. LOL. 



hottest merupakan fanbase mereka dan warna mereka ialah kelabu kalau tidak silap. Mereka pun banyak buat CF. income pun banyak lah kan.



6. tarian dan mv artis kpop. 

antara sebab kenapa ramai minat kpop ialah tarian mereka yang boleh dikatakan signature sesebuah kumpulan mahupun lagu itu sendiri. MV pun best jgk kan. so kebanyakan kpop lover akan pastikan mereka tengok mv tersebut dan download. contoh mv dan tarian artis kpop




















dan terlalu banyak lagi. boleh cari sendiri dalam youtube kan.

last but not least,

7. kimchi dan seoul. LOL.



p/s pendapat sendiri =)

No comments:

Post a Comment