Wednesday, December 14, 2011

Ulasan Novel Akhir Sebuah Cinta (SPOILER)



Sinopsis novel :

Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.


Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.


Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.


ulasan peribadi :

novel yang hanya fantasi. mungkin bagi remaja novel ini sangat sesuai. sangat tidak recommend kepada peminat-peminat novel wanita dan dewasa yang sukakan novel yang matang seperti bab perkahwinan serta mampu mengalirkan air mata. jalan ceritanya ok cuma ada banyak kekurangan dari segi menterjemahkan situasi dengan lebih mendalam dan baik. 

banyak juga adegan-adegan yang menarik dan romantik yang membuat pembaca mengingati novel ini. cuma ada banyak cerita yang tak masuk akal seperti Tengku Khuzairi yang disangka pembunuh tinggal di rumah Mimi Atia. Kalau diolah dengan lebih matang dan detail mesti cerita ini lebih menarik. malangnya penulis menamatkannya dengan cara mudah dan pembaca tidak rasa thrill. Kalau diikutkan dalam dunia realiti Mimi Atia boleh bila-bila masa sahaja lepaskan diri daripada Tengku Khuzairi yang suka mengugut dan tak kanlah polis boleh terlepas pandang tentang kes tersebut memandangkan hampir berbulan Tengku Khuzairi duduk di rumah Mimi Atia.

Sebenarnya watak Mimi Atia sangat menarik. gadis kelantan yang berpegang kepada agama, suka berbaju kurung, tidak gemar berkawan dengan lelaki, tidak boleh berada dalam kereta yang ber aircond, kalut, penakut dan peminat kumpulan Maroon 5 macam-macam lagi. 

Tengku Khuzairi berasal dari keluarga yang kaya. mesti ramai remaja perempuan yang termimpi-mimpi untuk memiliki boyfriend sekacak dan sekaya beliau. tapi sayangnya penulis tidak menulis dengan lebih detail mengenai keluarga beliau kecuali Tengku Ezairy yang memiliki syarikat, bodyguard, tanah yang banyak, rumah yang besar. Dalam novel ini pembaca hanya dijelaskan Tengku Khuzairi seorang yang kaya. Mungkin pembaca sedikit keliru apabila melihat adegan Tengku Khuzairi dan Tengku Ezairy yang kurang matang dan sukar untuk membezakan kedua-duanya. Penulis lebih suka mengambarkan sesuatu adegan dengan mudah dan simple. mungkin bagi remaja mereka tidak kisah dan lebih tertarik dengan ceritanya yang tak ubah seperti fairy tales.

 Tengku Khuzairi memiliki karakter yang juga menarik dan idaman wanita. walaupun mulutnya diibarat longkang dan selalu menyakitkan hati Mimi Atia serta egois tapi sebenarnya dalam hati ada taman dan beliau seorang yang romantik. sanggup menghafal semua lagu maroon 5 demi mimi atia. masih ingat adegan Tengku Khuzairi menyanyikan lagu this love by maroon 5 dengan petikan gitar semasa di korea? i bet u all were listening to this song while read that part.

ending yang sangatlah tergesa-gesa. Bagaimana Tengku Ezairy boleh mengalah dan berkahwin dengan sepupunya? mengapa mimi atia terima adam levine? bukankah mimi atia ni seorang yang tidak suka kepada lelaki yang tidak dikenali? kenapa mimi atia jatuh cinta dengan adam levine? apakah mereka hidup bahagia?
rupa-rupanya ada novel sekuel, Hingga Ke Akhirnya.

apa-apa pun thumb up untuk penulis yang menulis novel ini pada usia yang muda, 16 tahun. korang mampu? =p

p/s rating 3/5

No comments:

Post a Comment