Thursday, December 8, 2011

Ulasan Novel Lafazkan Kalimah Cintamu (SPOILER)

 




Sinopsis novel :


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?



Ulasan peribadi:


sebuah novel humour. tetapi masih ada lagi episod sedih dan menyakitkan hati. sejak permulaan cerita lagi pembaca diasak dengan konflik yang membuat pembaca menitiskan airmata. Tengku Aqilah dianggap pembawa sial apabila menyebabkan kematian ibunya yang menghidap kanser. Tengku Hisham yang tidak dapat menerima kematian isterinya tidak pernah menganggap Tengku Aqilah anak beliau malah membencinya. Bayangkan ayah sendiri tidak mengaku anaknya sendiri? Sejak kecil Tengku Aqilah telah berhadapan dugaan, tidak bahagia. tambahan lagi kakaknya Tengku Natasha juga suka mencari pasal. Nasib baik ibunya sayang pada Tengku Aqilah dan sempat juga lah dia mendapat kasih sayang dari seorang ibu sebelum ibunya meninggal. Tengku Aqilah berjanji dengan ibunya supaya beliau diterima ayahnya dan mendapat kasih sayang seorang bapa.


Farhana, kawan baik Tengku Aqilah juga antara watak yang membantu jalan cerita. Wataknya yang gila-gila macam Tengku Natasha membuat pembaca sentiasa ketawa. Tengku Aqilah selalu memakai rambut palsu dan bermekap tebal demi Tengku Hisham kerana wajah beliau persis ibunya yang kacukan Melayu dan Jepun. Dengan rambut palsu yang pelbagai seperti afro dan lagak Tengku Aqilah yang suka meniru gaya David Arumugan menambah unsur humour dalam novel ini. Novel ini diminati kerana humour yang bersahaja dan sempoi bukannya merepek seperti sesetengah novel-novel lain. Pembaca mungkin juga senak perut apabila membaca novel ini kerana unsur lawak dalam novel. Sekurang-kuranya pembaca tidak lah berasa bosan dan hanya diasak dengan kesedihan watak utama sahaja.


 Peminat novel ini pasti tidak dapat melupakan watak Kak Kembong atau Kak Bong yang merupakan bekas askar , Syafiq yang suka pakai banyak minyak rambut, Azrul Botak yang sering diejek mentari di ufuk timur oleh Tengku Aqilah dan Farhana, tuti orang gaji dari indonesia, Aliff Jambul dan ramai lagi. Kehadiran mereka juga memberi kesan kepada jalan cerita yang bukan sedikit. contohnya syafiq yang pada mulanya rakan Tengku Aqilah dan anak angkat Tengku Hashim rupa-rupanya sudah lama jatuh cinta dengan  Tengku Natasya dan akhirnya mereka berdua berkahwin. Tengku Ryan Ameer juga cemburu padanya kerana menyangka Syafiq dan Tengku Aqilah bercinta. Hampir semua watak tambahan dalam cerita ini diberi unsur humour yang membuat pembaca ketawa tak ingat. Gaya penulisan Siti Rosmizah membuat pembaca dapat membayangkan situasi dalam novel tersebut.


Tengku Ryan Ameer yang merupakan hero dalam cerita ini sama seperti Syed Aizril yang kaya dan tampan. Beliau pada mulanya kekasih Tengku Natasya dan membenci Tengku Aqilah yang bekerja sebagai tea lady. Beliau termakan dengan kata-kata Tengku Natasya dan Tengku Hisham yang sememangnya tidak suka pada Tengku Aqilah. Pantang berjumpa pasti ada pertengkaran antara Tengku Aqilah dan Tengku Ryan. Dari Tengku Ryan yang mencabar Tengku Aqilah lawan golf dan Tengku Aqilah yang menyelamatkan Tengku Ryan Ameer dari kemalangan hingga dihukum menemani Tengku Ryan di hospital oleh Tengku Hisham. 


Walaupun Tengku Ryan tidak suka pada Tengku Aqilah tetapi bapa beliau Tengku Hashim menyanyangi Tengku Aqilah dan kecewa dengan sikap abangnya yang meminggirkan Tengku Aqilah. Dari situlah Tengku Hashim yang menyembunyikan penyakitnya telah membuat wasiat yang mengejutkan semua orang kecuali  Syafiq yang sudah tahu niat Tengku Hashim. 


Oleh kerana wasiat itu lah, Tengku Ryan terpaksa kahwin dengan Tengku Aqilah demi harta. Ya kahwin paksa! Dari benci menjadi sayang seperti yang dijangka. walaupun mereka mula bahagia tetapi Tengku Natasha yang membuat fitnah telah menguji rumah tangga mereka. Masing-masing yang ego sedikit sebanyak menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Tengku Aqilah mula mendapat kasih sayang dari bapanya apabila Tengku Hisyam yang sakit sedar akan kesilapannya dan mula insaf. Tengku Aqilah sanggup menjaga bapanya yang sakit walaupun pada mulanya beliau dibenci oleh Tengku Hisham tidak seperti Tengku Natasya yang mementingkan diri. Tetapi akhirnya Tengku Natasya keluar dari rumah dan insaf.


Bab-bab di mana Tengku Aqilah sedang mengandung yang bertarung dengan kanser seperti ibunya, Tengku Ryan Ameer yang mengakui kesilapannya dan merindui isterinya yang pergi meninggalkannya serta bagaimana Tengku Ryan menagih kasih isterinya kembali sehingga sanggup berhujan dan cedera membuat airmata pembaca mengalir. Pembaca dibuai dengan emosi sedih, terharu dan macam-macam lagi. Pada mulanya ramai yang menjangkakan Tengku Aqilah akan mati tetapi tak kan lah sad ending kan. Akhirnya Tengku Aqilah survive dan dikurniakan anak bernama Dheya Aqeela. Happy Ending! Farhana bahagia dengan Azrul, Shafiq dengan Tengku Natasya begitu juga dengan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer. 


Walaupun ramai yang mengatakan novel ini tidak seperti yang diharapkan kerana mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada penulis selepas novel Andai Itu Takdirnya, tetapi novel ini masih berada di class nya yang tersendiri. Kita masih yakin dengan penulisan Siti Rosmizah. Setidak-tidaknya penulis memberi sedikit kelainan dalam novel ini walaupun ada beberapa bahagian yang tidak lari dari klise. Peminat novel pasti tidak kecewa dengan novel ini kecualilah pembaca mengharapkan mata mereka bengkak kerana menangis sepanjang membaca novel ini. 


rating 4.5/5

No comments:

Post a Comment