Monday, December 19, 2011

Ulasan Novel Sayangku Casper (SPOILER)



Sinopsis novel :


Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.



Ulasan peribadi :

Jika anda minat cerita cinderella, novel ini sangat sesuai untuk anda. jalan cerita novel ini tidak ubah seperti fairytale. Tia Adila merupakan gadis yang tidak disukai oleh ibu tiri dan kakak tiri. Hidupnya berubah apabila berjumpa Tengku Rafique. Tengku Rafique boleh dikatakan waris rumah fesyen yang terkenal, House Of Fleur dan jenama Florencia. Kiranya beliau ni kaya raya sangat macam keluarga diraja England. Kebanyakan novel ini berlatarkan Paris, Perancis. Kota romantik dan fesyen yang amat terkenal di seluruh dunia. Terdapat juga bahasa perancis dalam novel ini tapi jangan risau sebab ada penterjemahan.

Sebenarnya jalan cerita novel ini sangat menarik. Seolah-olah ada magnet yang membuat pembaca ingin membacanya hingga tamat. Konflik yang berlaku menjadi satu rahsia besar yang pembaca ingin tahu. adakah  tia adilla ini Adelia de casper? Siapakah sebenarnya Adelia de Casper? Mungkin ada di antara pembaca yang tidak sangka dengan kebenaran yang terbongkar.

Tanggapan pertama pada novel ini ialah penulis mesti banyak buat homework. ceritanya detail dan sesuatu situasi digambarkan bukan sekadar umum. ia menjadikan novel ini seronok dibaca. Bukan mudah juga untuk menulis dalam bahasa perancis dan mengambarkan suasana di Paris kalau belum pernah mengalaminya. Setidak-tidaknya pembaca yang belum menjejak kaki di Paris pasti dapat mengenal serba sedikit mengenai tempat-tempat menarik di sana, fesyen dan mengimpikan bertemu cinta sejati seperti Tengku Rafique dan Tia Adila. Kenangan menyusuri di Sungai Seine, Eiffil Tower, Sacre-Coeur dan banyak lagi pasti tidak akan dilupakan. Ending novel ini pun biasa sahaja. Mungkin ramai yang mengharap ending yang klise mengenai Tia adila berkahwin dengan tengku rafique dan menikmati honeymoon mereka.

Tak ubah seperti cinderella menemui prince charming, cinta tia adila dengan tengku rafique juga sama. cuma sayang kenapa watak Jerone tidak dikembangkan lagi.  apa apa pun penulis sudah membina watak dengan baik. ramai yang memberi pendapat bahawa cerita ni macam drama korea. Semua drama kat sana pun bukan original. Ada yang diadaptasi dan diubah mengikut latar belakang masyarakat. sama dari beberapa sudut itu biasa. Di hollywood mahupun bollywood pun berlaku perkara yang sama. cuma terpulang kepada kebijaksanaan dan kebolehan penulis untuk mengolah jalan cerita itu menjadikan ia terbaik.

last but not least, tak ada lah sampai tahap kecewa hingga nak buang novel dalam tong sampah kitar semula ini kalau baca pun. Kira puas hati juga. Novel ini fun dan sesuai sangat kepada remaja dan wanita dalam lingkungan 20 an.

alangkah baiknya kalau penulis buat sekuel. agaknya bagaimana kehidupan tia adila selepas berkahwin dengan tengku rafique? keluarga bangsawan lah katakan.

perkataan pertama bahasa perancis yang tahu, je t'aime ! LOL


au revoir  =)


p/s rating : 4/5

No comments:

Post a Comment