Wednesday, December 19, 2012

Anda percaya dengan takdir tuhan?

Kalau langit bisa dibeli
Kalau dunia bisa digadai
Kalau bulan bisa ditakluki
Kalau awan bisa dijual

Di manakah dan bagaimanakah kita sekarang?

Tuhan telah tentukan hidup kita. Begitulah takdir masing masing. Tapi ramai tak bisa menerima dan mempersoalkan.

Kenapa dia mati dulu?
Kenapa aku tak sekaya dia?
Kenapa aku tak secantik dia?
Kenapa aku tak sepandai dia?
Kenapa...
Kenapa...
Kenapa...

Tiada kesudahan. Pabila tuhan tak makbulkan doa, kita kata tuhan tak sayang kita.

Oh tuhan...

Kau uji kami. Kau uji tahap mana keyakinan kami. Kau uji tahap kepercayaan kami.

Klau benarlah tuhan tak sayang kita, tak mungkin nikmat sekarang ini kau kecapi.

Siapa yang cipta kan kau?

Tuhan bukan?

Tuhan itu lebih tahu kerana Dia lah pencipta kamu. Bukan mak kamu. Bukan ayah kamu. Bukan perdana menteri kamu. Bukan bomoh mahupun pawang.

Jadi siapa yang kau lebih percaya?

Takdir itu takdir. Pada saat kamu rasakan ia terbaik utk kamu, tapi sebenarnya sebaliknya, tuhan itu maha tahu.

Bila kita yakin dan redha dengan takdir, pasti kita akan lihat hikmah dan kebaikan disebaliknya.

Yang penting, yakin dan sabar :)

Monday, December 17, 2012

Sweetnya Allah

Pabila kita selalu membuat dosa, perasaan jelek dan benci pada diri sendiri mula ada. Ya diri ni berusaha taat padaNya yang satu sebaik mungkin. Tapi...

Tak ada hambaNya yang sempurna kecuali kekasihNya. Diri ni jatuh ke kancah dosa sekali lagi. Sakitnya... Pada waktu itu diri ini mula insaf.

Tapi aku jatuh sekali lagi pada tempat yg sama. HambaMu tidak berjaya menahan nafsu dan godaan. Ya Allah susahnya nak istiqomah. Diri ini bangkit lagi. Jatuh lagi. Bangkit lagi. Jatuh lagi. Sehingga air mata ini jatuh. Pada saat itu dalam hati ini berbisik 'kenapa Allah tak makbulkan doaku? Aku minta diri ini dibimbing supaya tidak lalai di jalanNya'

Secara tidak sengaja, aku melihat video bertajuk 'jangan menitiskan air mata kerana video ini 2'. Ada dr maza dlam video tu.

Masa tengok video itu, hati rasa hiba, terharu, mcm2 la. Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasih :')

Aku ingat lagi antara luahan hati ini padaNya

Cukuplah ya Allah selama ini aku bergelumang dgn dosa
Cukuplah ya Allah selami ini aku lalai dlm ketaatan padaMu
Cukuplah ya Allah aku mengulang dosa yang sama
Cukuplah ya Allah kau biarkan aku jauh dri jalanMu yg benar
Cukuplah ya Allah kau biarkan aku tidak kuat brhadapan godaan dan nafsu
Cukuplah ya Allah kau biarkan aku hidup dengan gundah gulana dan tidak tenang

Cukuplah ya Allah
Aku juga seperti hambaMu yang lain
Dambakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Akhirnya, tidak ku sangka sangka Allah makbukan doaku sekelip mata. Ya tiada yg mustahil dengan izinNya.

Antara yg aku nampak, aku lebih mudah bangun pagi sebelum subuh setiap pagi. Alhamdulillah, dapat jugak buat solat sunat setiap pagi. Sebelum ni rasa liat je. Setiap pagi, aku akan terbangun tanpa set alarm. Setiap kali terbangun, aku smpat melakukan solat sunat. Sebelum ini, asyik terlepas je solat sunat tahajud walau dah set alarm sekuat mana pub. Sekarang ini aku tak tertinggal waktu qiam walau penat mana sekalipun, tak set alarm sekali pun. Badanku pantas saja bangun dari katil. Nikmat yg sgt hebat bagiku :)

Lepastu, nak buat ibadat sunat pn dipermudahkan. Ya Allah rasa bahagia sangat. Sangat2 lah bahagia.

Terima kasih YA ALLAH...

Monday, December 10, 2012

TOP BIG BANG

T.O.P Big bang


its a long time since i heard kpop songs. Bcause of running man, im back to keep my interest on BIG BANG. wohooo. I am fan of them since 2007. at that time, their songs mostly based on hip hop. Haru haru is my fav song even till now. i dont know why lately my eyes always keep on TOP .

"EVERYTHINGS I DO IS TOP" - TOP BIG BANG


















Tuesday, October 30, 2012

Terbalik

it is so sad

sedihnya bila kawan yang kita sayang langsung tak ambil berat. orang yang dia sayang pulak orang yang tak lah ambil berat sangat pun.

susah sangat ke nak hargai orang yang sayang kau?
kenapa susah susah ambil berat dengan orang yang langsung tak ada perasaan yang sama terhadap kau?

yelah.
kawan yang kau suka sangat tu lebih bagus dari segi meterial dan rupa

tapi in the end
aku jugak orang yang kau cari
aku jugak orang yang care kau
aku jugak yang selalu enlighten hidup kau

kenapa kau ingat orang yang tak ingat kau?
kawan yang depan kau yang selalu berusaha beri yang terbaik, kau buat macam side dish je

geram
sedih
semua ada laaa

Sunday, October 14, 2012

ikatan

yup. it is a long time.

aku terima nikahnya...
ayat yang sering ditunggu tunggu oleh pasangan yang ingin berkahwin
pada hari ini, ramai anak muda yang diasak dengan persoalan perkahwinan, siapa pasangan anda?
tetapi tidak ramai yang memikirkan bersediakah anda?

yup, pernikahan sesuatu yang suci dan mulia
mengelakkan fitnah dan maksiat
tetapi ramai yang tidak menyedari realiti sesebuah alam rumah tangga.
tidak semua mendapat kebahagiaan
perlukan kesabaran kejujuran kebijaksanaan
dan rasa tanggungjawab

apa yang mereka fikir seronoknya berkahwin
macam dalam novel, drama, dan cerita
dalam realiti ujianNya lagi besar
tanggungjawab itu lebih besar
bukan sekadar main main

perlukan kemantangan
kita nak hidup bersama ke akhir hayat
perkahwinan tak bererti 'kau isteri aku' 'aku suami kau'
itu tak mencukupi
kene berusaha dan komitmen itu penting

perkahwinan itu bukan untuk seronok sahaja
ia ibadah

anak muda sibuk mencari siapa pemilik tulang rusuk kiri
tetapi mengendahkan siapa pencipta anda sebenarnya?
yang selalu disisi anda
tidak kira lah anda peduli atau tidak
yang selalu melimpahkan kasih sayangNya
tidak kira lah anda bersyukur atau tidak

Monday, March 19, 2012

the best korean drama ever!

for me WINTER SONATA the best korean drama ever.
i never cried hardly just i did when watching this drama.
seriously..
damn they're the best romance couple.
i miss their romantic scenes especially during winter... played snows....



my fav scene ever!




Friday, January 20, 2012

Ulasan Novel Sepi Tanpa Cinta (SPOILER)



Sinopsis novel:


HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...