Friday, January 20, 2012

Ulasan Novel Sepi Tanpa Cinta (SPOILER)



Sinopsis novel:


HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...




Ulasan peribadi :


Siapa yang tak kenal Damya Hanna? dulu dan sekarang beliau sangat popular dalam kalangan peminat novel kerana penulisannya sangat 'best'. 


Anda tak akan rugi bila baca novel ini. Walaupun Fakrul membuat silap sewaktu mereka berkahwin, tapi Haziqah  menerima beliau kembali. walaupun sakitnya hati bila membaca sewaktu Fakrul mempercayai fitnah yang dilemparkan tapi fikir-fikirkan balik, endingnya sangat lah happy. dah la haziqah mengandung dan Fakrul langsung tak tahu. so sweet bila baca part Fakrul dengan anaknya.


kali ini ulasan tidak lah panjang atas sebab kesuntukan masa. tapi bagi peminat novel, anda tidak berasa rugi malah berpuas hati dengan karya Damya Hanna ini. siapa yang baru menjinakkan diri dengan novel, Sepi Tanpa Cinta tak mengecewakan anda. 


apa-apa pun novel ini tidak mampu mengatasi Bicara Hati. =p


p/s dah tengok drama Bicara Hati? Oh Tengku Syahran! tak sabar nak tengok episod seterusnya

No comments:

Post a Comment