Sunday, October 14, 2012

ikatan

yup. it is a long time.

aku terima nikahnya...
ayat yang sering ditunggu tunggu oleh pasangan yang ingin berkahwin
pada hari ini, ramai anak muda yang diasak dengan persoalan perkahwinan, siapa pasangan anda?
tetapi tidak ramai yang memikirkan bersediakah anda?

yup, pernikahan sesuatu yang suci dan mulia
mengelakkan fitnah dan maksiat
tetapi ramai yang tidak menyedari realiti sesebuah alam rumah tangga.
tidak semua mendapat kebahagiaan
perlukan kesabaran kejujuran kebijaksanaan
dan rasa tanggungjawab

apa yang mereka fikir seronoknya berkahwin
macam dalam novel, drama, dan cerita
dalam realiti ujianNya lagi besar
tanggungjawab itu lebih besar
bukan sekadar main main

perlukan kemantangan
kita nak hidup bersama ke akhir hayat
perkahwinan tak bererti 'kau isteri aku' 'aku suami kau'
itu tak mencukupi
kene berusaha dan komitmen itu penting

perkahwinan itu bukan untuk seronok sahaja
ia ibadah

anak muda sibuk mencari siapa pemilik tulang rusuk kiri
tetapi mengendahkan siapa pencipta anda sebenarnya?
yang selalu disisi anda
tidak kira lah anda peduli atau tidak
yang selalu melimpahkan kasih sayangNya
tidak kira lah anda bersyukur atau tidak

No comments:

Post a Comment