Saturday, September 21, 2013

Entah lah. Aku tidak tahu.

Kalau mahu dikata aku mahu dia.
Keliling mahunya kata aku gila.
Katanya aku tak senonoh.
Tapi bila diam dari seribu kata
Katanya aku bodoh biarkan benda di depan mata.
Aku tidak tahu. Mahu diluahkan tapi ngeri apabila dianggap murah.
Malunya aku
Peningnya aku
Tuhan sahaja yang mengerti

Mereka kata kalau ada jodoh ada lah.
Kalau tidak memberi petanda dia pun tak pandang,
Melepas la kata hati.
Haihhh
Tuhan... Allah...
Kau sahaja yang bisa menjadikan bintang di langit bersama bulan yang satu itu.
Sama sahaja hati manusia.

Wednesday, August 14, 2013

Ketika aku berhenti.

Disaat aku berhenti. Kosong.
Cepatlah masa berlalu
Kerna kesabaran tidak bisa ditunggu.

Di saat aku berhenti.
Pandangan mereka juga kosong.
Ada pandangan busuk yang mahu aku turut terkena busuknya.
Tapi
Aku berhenti bukan mengalah
Aku berhenti kerna dunia ini terlalu laju buatku
Terlalu kejam buat hati yang tak ada apa
Aku berharap dunia mengerti
Aku perlu berhenti untuk nafas yang baru
Kerna aku takut syukur itu semakin terhakis
Aku takut mengejar dunia yang sementara.

Berhentilah. Bernafaslah. Berpandang lah. Nikmat tuhan tak terkira

Thursday, June 20, 2013

nak capai senang. nak kekal susah.

kalau hidup asyik nak senang.
tak ada thrill langsung.

macam tengok movie.
plot yang mendatar buat kita ngantuk.

haiii manusia. susah sangat nak menghargai apa yang kita ada.
bila diuji sikit, panas bontot.
manusia ni pelbagai.
sabar je la.

cakap memang senang. cuba rasa apa yang sekarang kami rasa.
cukuplah satu hari je kau cuba.
baru kau tahu peritnya apa yang kami alami.

cakap lebih pun tak boleh blah.
malas nak bertekak.
malas nak bertikam.

Thursday, May 2, 2013

cemburu betul

bila dah cemburu ni.
mula la timbul hasad dengki dan iri hati.
sigh

Monday, April 29, 2013

Hati kosong

ada satu ketika kita rasa kehilangan
rasa kehilangan sesuatu yg kekal di hati
Ya Allah ampunilah hambaMu
kerana sering lupa meletakkan Kau yang pertama di hati
HambaMu ini lemah dan kerdil
Bimbingla Ya Allah
supaya hati ini selalu memanggil namaMu

Sunday, March 10, 2013

Ulasan Cinta High Class (Spoiler)


Sinopsis:
Cinta High Class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oeh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. Cintaku kerana agama-Mu. Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang terbaik. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.

Ulasan:
Novel untuk mereka yang serius mendambakan ikatan cinta yang suci. Cerita yg ditulis dalam novel ini sedikit sebanyak mengajar kita apa erti sebenar cinta dan sebuah perkahwinan. Yang penting skli berlandaskan syariat. Selain itu pembaca belajar bagaimana nak 'pelihara' hati dan diri khas untuk yang halal sahaja. Bagi wanita penting sekali untuk beri hati kpd yang berhak dan  selayaknya sahaja. Selain itu ada beberapa tips yang boleh diambil oleh pasangan suami isteri.

Ayat ayat dan adegan Qani'ah dan Dr Muslih super romantik. Buat kita tersenyum sendiri :) dan tidak sabar untuk bernikah bagi yang masih belum berkahwinn

Petikan daripada Cinta High Class

Qaniah : lepas ni kalau jumpa lelaki Qaniah nak buat muka garang

Kakak : tak perlu. Buat muka biasa.tapi jangan layan

Qaniah : kalau ada urusan?

Kakak : cakap macam biasa.macam cakap dengan konduktor bas.pakcik jual ikan dan pakcik teksi. kalau perlu bincang. bincang dengan profesional

Qaniah : kalau dia usik?

Kakak : JANGAN RENDAHKAN AKHLAK KITA dengan marah-marah dia. jaga akhlak muslimah yang sopan, lemah lembut, hikmah, tiada cakap kotor dan tidak tengking-tengking. 

Tuesday, March 5, 2013

Jangan mudah marah

Bila marah
Diam diam sudah

Syaitan paling suka bila manusia marah
Senang bagi mereka masuk katanya

Alahai manusia
Kau sebaik baik kejadian
Tak kan dengan syaitan terkutuk tu pun kau nak kalah

Amalkan sunnah Rasulullah
Sentiasa tersenyum
Duduk la bagi yang berdiri
Baringla bagi yang duduk
Berwuduk bagi tenang

Mudah bukan

Monday, March 4, 2013

Takut

Eh manusia.
Kau tak dapat lari dari ketakutan.
Ketakutan pada manusia
Ketakutan pada yang tak kelihatan
Ketakutan pada sesuatu yang tak pasti
Ketakutan pada diri yang tak dapat berdiri di saat jatuhnya sebab disakiti

Eh manusia
Kau sudah lupa
Ketakutan yang hakiki

Takut pada yang Satu
Pada yang diatas sana

Pasti dunia ini aman
Jika takut ini yang utama

Sunday, January 13, 2013

Apa lagi yang kau pinta?

Manusia. Tak puas itu biasa.

Tak cukup dengan itu.
Tak cukup dengan nikmat yang diberi

Manakah ucapan syukur?
Pabila manusia lupa mengucapkannya, mula la tidak berasa puas

Apa lagi yang kau mahu
Apa lagi yang tidak memuaskan mu

Mungkin satu dunia ini pun kau masih belum puas
Ini kerana hati

Hati kau kosong
Penuhi la hati kau
Penuhkan dgn kasih sayang dan cinta pada Allah dan rasulNya

Tuesday, January 1, 2013

Kenapa saya perlu sabar?

Ok. Kalau bab bercinta, memang aku 'fail'

Sebab aku tak pernah merasa bagaimana nikmat bercintanya itu

Tapi bila dikelilingi orang orang yang bercinta tu, hati ni diusik dengan persoalan

Bahagiakah mereka?
Bagaimana mereka menjaga ikhtilat?
Seronok ke mengucapkan kata kata manis?
Apa perasaan mereka apabila kekasih sentiasa di sisi?

Tapi di sini nak di'highlight' kan hanya Allah sahaja sentiasa berada di sisi kita. Tak kira siapa kita, mak bapak siapa, warna kulit apa, cantik ke tak, wangi ke tak, kaya atau pun miskin

Akhirnya aku tahu jawapannya

Aku kena sabar. Allah dah tetapkan jodoh kita means suami/isteri sejak di Luh Mahfuz

Jadi apa yang perlu kita perbuat ada tunggu dan doa. Jangan terpengaruh dgn godaan syaitan.
Bercinta sebelum menikah banyak potensi ke arah melakukan maksiat

Jangan la cari pasal dengan melakukan perkara yang ke arah maksiat. Keseronakan itu hanya sementara

Kalau tak dapat kahwin sebelum meninggal, jangan risau. Ada bidadara/bidadari yang sedang tunggu di syurga. Nikmat Allah sangat la hebat sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata kata. Allah Maha Penyayang.. Ingat tu :)